Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

JAKIM Perkasakan Institusi Keluarga Melalui Pemurnian Akhir Modul Kursus Praperkahwinan

PUTRAJAYA, 9-10 FEBRUARI 2026 – Usaha memperkukuh institusi kekeluargaan Islam di Malaysia diteruskan melalui penganjuran Bengkel Akhir Pemurnian Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam yang berlangsung selama dua hari di Masjid Putra.

Program yang diadakan pada 9 hingga 10 Februari ini bertujuan untuk memuktamadkan kandungan modul agar lebih relevan, komprehensif, dan selari dengan cabaran semasa alam rumah tangga.

Bengkel ini menghimpunkan barisan penggubal modul yang terdiri daripada pakar pelbagai latar belakang kritikal. Antara agensi dan pakar yang terlibat termasuk wakil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), pengamal undang-undang, kaunselor bertauliah dan ahli akademik.

Penglibatan rentas agensi ini memastikan modul yang dihasilkan bukan sahaja menyentuh aspek hukum syarak, malah merangkumi perundangan keluarga, pengurusan kewangan, kesihatan fizikal dan mental.

Majlis perasmian penutup bengkel telah disempurnakan oleh Ustazah Hazizah binti Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dalam amanatnya, beliau menekankan kepentingan modul yang mantap sebagai asas pembinaan keluarga sakinah.

Dengan tamatnya bengkel pemurnian akhir ini, modul bersepadu tersebut dijangka akan memberikan impak positif kepada bakal pengantin dalam melayari bahtera perkahwinan dengan lebih bersedia dan berilmu.

JAKIM Perkasakan Institusi Keluarga Melalui Pemurnian Akhir Modul Kursus Praperkahwinan 01

JAKIM Perkasakan Institusi Keluarga Melalui Pemurnian Akhir Modul Kursus Praperkahwinan 02

JAKIM Perkasakan Institusi Keluarga Melalui Pemurnian Akhir Modul Kursus Praperkahwinan 03

JAKIM Perkasakan Institusi Keluarga Melalui Pemurnian Akhir Modul Kursus Praperkahwinan 04

JAKIM Perkasakan Institusi Keluarga Melalui Pemurnian Akhir Modul Kursus Praperkahwinan 05

JAKIM Perkasakan Institusi Keluarga Melalui Pemurnian Akhir Modul Kursus Praperkahwinan 06

JAKIM Perkasakan Institusi Keluarga Melalui Pemurnian Akhir Modul Kursus Praperkahwinan 07

JAKIM Perkasakan Institusi Keluarga Melalui Pemurnian Akhir Modul Kursus Praperkahwinan 08

JAKIM Perkasakan Institusi Keluarga Melalui Pemurnian Akhir Modul Kursus Praperkahwinan 09
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 43
  • Yesterday 26
  • This Week 43
  • This Month 343
  • This Year 381