Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

JAKIM Santuni Lawatan Dari Universiti Islam Raden Rahmat (UNIRA), Malang, Indonesia

PUTRAJAYA, 10 Disember 2019 — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Unit Komunikasi Korporat, Bahagian Dakwah dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) telah menerima lawatan daripada Universiti Islam Raden Rahmat (UNIRA), Malang, Indonesia yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya sekitar jam 11.30 pagi hari ini.
 
Lawatan tersebut disertai hampir 30 orang termasuk 3 orang wakil dari Nahdatul Ulama' (NU) dengan tujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan pengurusan masjid di samping meningkatkan lagi hubungan serta kerjasama antara negara serantau.
 
Pelbagai informasi dan kemaskini berkaitan pengurusan dan pentadbiran serta penjelasan berkaitan isu-isu pengimarahan masjid telah dikongsi bersama oleh En Zul Rushdi Bin Salleh, Penolong Pengarah dari Seksyen Pengurusan Imam, Bahagian Dakwah JAKIM.
 
Lawatan diakhiri dengan para pelawat dibawa ke MTMZA untuk solat dan hidangan tengahari tajaan MTMZA sebelum berangkat pulang ke Indonesia.
 
 
*Ikuti pelbagai aktiviti JAKIM di:-
 
 
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#RahmatanLil’Alamin
#RahmahUntukSemua
 
JAKIM Santuni Lawatan UNIRA 1
 
JAKIM Santuni Lawatan UNIRA 2
 
JAKIM Santuni Lawatan UNIRA 3
 
JAKIM Santuni Lawatan UNIRA 4
 
 
 
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 31
  • Yesterday 26
  • This Week 31
  • This Month 331
  • This Year 369