Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Kem Bimbingan Spiritual Komuniti Hijrah Tahun 2024

LANGKAWI, 15-18 FEBRUARI 2024 – Alhamdulillah telah berlangsung program Kem Bimbingan Spiritual Komuniti Hijrah Tahun 2024 pada 15-18 Februari 2024 di myangkasa Akademi&Resort, Langkawi, Kedah.

YBhg. Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM telah merasmikan program ini pada 16 Februari, Jumaat malam Sabtu yang turut dihadiri YBhg. Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM, YBrs. Dr Mohd Faisal bin Mustaffa, Timbalan CEO Operasi Lembaga Zakat Negeri Kedah, Ustazah Hajah Maimunah, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Keluarga dan Sosial, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, saudara Al-Khusyairie Ariff bin Atan, Pengerusi Pertubuhan Hijrah Republique dan Ustaz Muhammad Yusuf bin Saari, wakil Pejabat Agama Daerah Langkawi.

Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menerusi Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah, Lembaga Zakat Negeri Kedah dan NGO Komuniti Hijrah Pertubuhan Hijrah Republique Network dan melibatkan seramai 72 orang peserta komuniti hijrah dari Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak, Melaka, Johor, Kelantan dan Kuala Lumpur.

Para peserta telah dibimbing melalui pelbagai slot oleh Ustaz Azki Hafizi bin Ibrahim daripada Smart Triple IQ bersama fasilitatornya, Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof daripada JAKIM dan pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan. Program ini juga telah mendapat kerjasama daripada pihak LADA, Pertubuhan Amal Rakyat Langkawi dan beberapa pertubuhan yang berkenaan.
Semoga para peserta Kem Bimbingan Spiritual Komuniti Hijrah Tahun 2024 ini mendapat suntikan semangat untuk berusaha menjadi hamba Allah dan Muslim yang terbaik In sha Allah.


Kem Bimbingan Spiritual Komuniti Hijrah Tahun 2024 01

Kem Bimbingan Spiritual Komuniti Hijrah Tahun 2024 07

Kem Bimbingan Spiritual Komuniti Hijrah Tahun 2024 02

Kem Bimbingan Spiritual Komuniti Hijrah Tahun 2024 03

Kem Bimbingan Spiritual Komuniti Hijrah Tahun 2024 04

Kem Bimbingan Spiritual Komuniti Hijrah Tahun 2024 05

Kem Bimbingan Spiritual Komuniti Hijrah Tahun 2024 06
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370