Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Komunikasi Tanpa Suara

Bangi, 21 Februari 2018 – Bahasa isyarat merupakan suatu bentuk komunikasi yang digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah dalam bertutur, komuniti yang tidak boleh mempelajari bahasa melalui pertuturan, dan komuniti yang tidak boleh mendengar. Ini kerana penggunaan bahasa isyarat memudahkan komunikasi dan memberi peluang kepada golongan tersebut untuk meluahkan rasa, pendapat, idea, perasaan dan sebagainya. Keunikan bahasa isyarat dapat dilihat apabila timbul bentuk atau simbol tangan yang memberi makna terhadap sesuatu keadaan.

Menyedari kepentingan penggunaan Bahasa Isyarat dalam agenda dakwah, Kluster Pendidikan dan Pengajian Bahasa (KPPB), Institut Latihan Islam Malaysia telah mengadakan Kursus Bahasa Isyarat pada 20-21 Februari 2018 bertempat di Bilik Kuliah Sibaweh, Aras 1, Blok Akademik B, ILIM Bangi.

Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik berkomunikasi menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), mengenal pasti teknik penguasaan bahasa isyarat bagi maksud tertentu dengan tepat dan berkesan serta membina keyakinan kepada peserta untuk berkomunikasi secara langsung dengan golongan orang pekak yang mempraktikkan bahasa isyarat.

Seramai 28 orang peserta telah menyertai kursus ini yang mana terdiri daripada pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan seperti Jakim, Jain, Main.

Kelas ini dikendalikan oleh Encik Mohamad Zaid Hamdan dari Institut Latihan Islam Malaysia dan Puan Sariah Ibrahim, Presiden Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan dengan dibantu beberapa orang fasilitator terlatih.

Diharapkan program seumpama ini dapat memberi pendedahan kepada peserta kaedah-kaedah bahasa isyarat khususnya istilah-istilah syarak sebagai medium interaksi sosial dengan golongan istimewa ini seterusnya melahirkan pelapis yang dapat membantu menyebarkan dakwah dan memberi kefahaman Islam kepada OKU Pendengaran agar dakwah Islamiah dapat disebarluaskan tanpa meminggirkan mana-mana golongan dalam kelompok masyarakat.

isyarat1

isyarat2  isyarat3

isyarat4

isyarat5

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 25
  • Yesterday 26
  • This Week 25
  • This Month 325
  • This Year 363