Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Kunjung Hormat ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Pada 23 Mac 2017, Bahagian Dakwah Jakim telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Blok D, Kompleks Islam Putrajaya. Selain daripada pegawai-pegawai dari bahagian Dakwah, kunjungan ini turut disertai oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Fatwa, Tuan Haji Mazlan bin Abdullah, dan Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat, Tuan Haji Kamarudin bin Haji Dolmoin. Rombongan disambut oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Hashim bin Haji Salleh serta pegawai-pegawai di pejabat tersebut.

Antara tujuan kunjungan ini diadakan adalah untuk membincangkan serta bertukar-tukar maklumat terutama berkaitan proses soal jawab agama yang dikendalikan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Proses soal jawab agama yang jitu, pantas and tepat amat penting dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat awam khususnya permasalahan dalam soal jawab agama.

 

kunjung hormat muftiWP2017 3

kunjung hormat muftiWP2017 2

kunjung hormat muftiWP2017 1

 

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357