Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Kunjungan Hormat Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM Ke Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya

PUTRAJAYA, 14 Mei 2024 (Selasa) – YBrs. Dr. Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YBrs. Dr. Mohd Anis bin Haron@Harun, Pengarah Institut Kanser Negara (IKN). Kunjungan ini turut disertai oleh Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd. Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) JAKIM, Puan Hazizah binti Yusoff dan Puan A’azah binti Awang Kechik dari Bahagian KSK serta Encik ‘Ammar bin Zulkiflee mewakili Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM).

Deligasi JAKIM diraikan oleh Dr. Mohd Anis bin Haron@Harun bersama Dr. Muhammad Azrin bin Omar@Nawi, Timbalan Pengarah (Perubatan 1), Encik Amiruzie bin Ramli, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Dr. Navin Francis a/l Susinadan, Ketua Jabatan Perubatan Paliatif & Rawatan Sokongan dan turut bersama lima orang pegawai dan kakitangan IKN termasuk Ustaz Mohd Shahrul Nazim bin Mohd Saron, Ketua Unit Hal Ehwal Islam IKN.

Pertemuan ini memberi fokus utama perbincangan berkenaan hasrat JAKIM untuk menjalin kerjasama dengan IKN dalam aspek penjagaan spiritual kepada pesakit yang tiada harapan sembuh (pesakit terminal care) melalui pendekatan psikospiritual Islam. Usaha bersepadu antara agensi perlu dilakukan bagi memastikan masyarakat mendapat rawatan kesihatan secara holistik merangkumi Bio-Psiko-Sosial-Spiritual. Secara tidak langsung ia memenuhi keperluan sistem sokongan kepada masyarakat dalam menjaga kebajikan dan memulihkan emosi dan spiritual pesakit dan ahli waris, yang selanjutnya menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan sosial masyarakat MADANI.

Pada akhir pertemuan YBrs. Dr. Haji Ruslan bin Said mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah IKN atas persetujuan jalinan kerjasama ini. Semoga ianya berterusan bagi memastikan pesakit terminal care khususnya yang beragama Islam dapat mengakhiri hayat mereka dengan sebaik-baik pengakhiran (husnul khatimah).

Kunjungan Hormat Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jakim Ke Institut Kanser Negara Ikn Putrajaya 01

Kunjungan Hormat Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jakim Ke Institut Kanser Negara Ikn Putrajaya 03

Kunjungan Hormat Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jakim Ke Institut Kanser Negara Ikn Putrajaya 04

Kunjungan Hormat Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jakim Ke Institut Kanser Negara Ikn Putrajaya 05

Kunjungan Hormat Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jakim Ke Institut Kanser Negara Ikn Putrajaya 06

Kunjungan Hormat Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jakim Ke Institut Kanser Negara Ikn Putrajaya 07

Kunjungan Hormat Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jakim Ke Institut Kanser Negara Ikn Putrajaya 08

Kunjungan Hormat Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jakim Ke Institut Kanser Negara Ikn Putrajaya 09

Kunjungan Hormat Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jakim Ke Institut Kanser Negara Ikn Putrajaya 02
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370