News
News
Kursus Asas TOT Penceramah Praperkahwinan Islam
30 September - 2 Oktober 2020 - Kursus Asas TOT Penceramah Praperkahwinan Islam telah berlangsung di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Negeri Sembilan. Kursus ini dilaksanakan oleh Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dengan kerjasama seluruh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) yang bertanggungjawab menyenaraikan calon-calon penceramah Kursus Praperkahwinan Islam bagi negeri masing-masing. Kursus ini adalah latihan yang wajib diikuti oleh individu untuk mendapat sijil kelayakan sebagai penceramah Kursus Praperkahwinan Islam.

Seramai 40 orang peserta dari seluruh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) telah hadir. Turut hadir ialah 7 orang pegawai perubatan sebagai peserta. Kehadiran peserta yang pelbagai latar belakang dan kepakaran adalah bagi memenuhi keperluan modul Kursus Praperkahwinan Islam yang terdiri daripada pelbagai kandungan modul seperti Tasawwur Islam, Kaunseling, Perundangan Kekeluargaan Islam, Kewangan Keluarga dan Kesihatan Keluarga.
10 kandungan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) didedahkan kepada peserta oleh pasukan jurulatih master trainer MBKPI. Selain itu, menerusi kursus ini peserta turut didedahkan dengan pelbagai tip serta perkongsian pengalaman dalam hal berkaitan perkahwinan untuk dimanfaatkan.

YBrs. Dr. Lokman bin Ab Rahman, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) JAKIM telah hadir merasmikan acara penutupan program. Beliau meletakkan harapan agar para peserta yang akan menerima sijil kelayakan sebagai penceramah Kursus Praperkahwinan Islam ini benar-benar kompeten untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab menyampaikan ilmu berkaitan perkahwinan selari dengan kandungan modul yang telah diikuti sepanjang tiga hari berkursus.

Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 36
- Yesterday 26
- This Week 36
- This Month 336
- This Year 374