Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Kursus Kemahiran Pengurusan Ibadah Pesakit

BANGI, 28 Februari 2019 – Dalam melebar risalah dan menyantuni ummah, para pendakwah haruslah mengambil kira tentang kumpulan-kumpulan sasar yang perlu diberi focus dan keutamaan. Hal ini tidak terlepas dalam konteks dakwah ibadah kepada pesakit. Kebanyakan pesakit masih lagi beranggapan bahawa mereka terlepas daripada taklif apabila ditimpa penyakit.

Malah lebih menyukarkan apabila ummat Islam tidak mempunyai ilmu dan kemahian dalam pengendalian pesakit untuk melaksanakan ibadah. Melihat kepada kepentingan dan tanggungjawab yang perlu digalas oleh pegawai-pegawai agama, Kluster Kepakaran Pengurusan Hal Ehwal Islam (KKPHEI), ILIM telah menganjurkan Kursus Kemahiran Pengurusan Ibadah Pesakit kepada Pegawai Hal Ehwal Islam pada 26 hingga 28 Februari 2019 di Bilik Kuliah Sibaweh, ILIM

Kursus tersebut diadakan bertujuan membuka mata peserta mengenai isu dan permasalahan berkaitan pengurusan ibadah pesakit sebelum diberi kefahaman dan kemahiran berkaitan pengurusan ibadah pesakit.

Kursus selama 3 hari ini merupakan kursus “hands on” di mana diperingkat awal 22 orang peserta diberi ilmu tentang konsep rukhsah ibadah dan permasalahan pelaksanaan ibadah dalam kalangan pesakit kemudian peserta berpeluang merasai pengalaman di iaitu mengurus ibadah pesakit di Hospital Kuala Lumpur. Sepanjang kursus berlangsung, mereka dibimbing dan dinilai oleh penceramah ILIM iaitu Ustaz Azhar bin Tuarno dan Ustaz Zulkifli bin Tukiman serta penceramah undangan, Ustaz Mohd Nazar bin Ibrahim.

Kursus Kemahiran Pengurusan Ibadah Pesakit1

Kursus Kemahiran Pengurusan Ibadah Pesakit2

Kursus Kemahiran Pengurusan Ibadah Pesakit3

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 44
  • Yesterday 26
  • This Week 44
  • This Month 344
  • This Year 382