Bangi, 13 Ogos - Kluster Kecemerlangan Kepemimpinan Islam, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Kursus Metodologi Kajian kepada pegawai Skim Perkhidmatan Hal Ehwal Islam (lantikan JAKIM dan Negeri) bagi Gred 29 dan ke atas dengan tumpuan kepada pegawai yang terlibat dalam penyediaan dasar, kertas-kertas fatwa dan istinbat.
Kursus yang dijalankan selama dua (2) hari iaitu pada 12 dan 13 Ogos 2021 secara dalam talian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kepada pegawai dalam proses penyelidikan yang saintifik ke atas perkara-perkara berikut :
mengenali permasalahan kajian sebelum kajian di proses
tujuan, objektif
persoalan dan hipotesis
sorotan literature
sumber rujukan
langkah membuat sorotan
jurang kajian
pembangunan kerangka teori dan konseptual
pendekatan penyelidikan kuantitatif
reka bentuk
persampelan kajian
pembangunan dan pengujian instrument
kesahan dan kebolehpercayaan instrument
etika dalam penyelidikan
Kursus ini dikendalikan oleh Dr. Hutkemri bin Zulnaidi, Pensyarah Kanan, Jabatan Matematik, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau berkongsi pengalaman mengenai proses penyelidikan kauntitatif dan juga kualitatif sehingga etika dalam penyelidikan. Seramai 60 orang peserta menyertai kursus ini menerusi pautan google meet link .Semoga kursus ini berjaya memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta khususnya dalam penyelidikan bermula proses sehinggalah memahami etika dalam penyelidikan.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.