Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Kursus Outcome Based Education (OBE)

BANGI, 18 Julai 2019 – Kluster Kepakaran Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) dengan kerjasama Darul Quran, telah menganjurkan Kursus Outcome Based Education (OBE)pada 17 hingga 18 Julai 2019 di Bilik Al-Khawarizmi, ILIM Kampus Utama.

Kursus tersebut bertujuan mempertingkatkan kefahaman pensyarah berkaitan Outcome Based Education (OBE), sebagai usaha tambahan untuk mewujudkan Darul Quran sebagai Institut Pengajian Tinggi yang berkualiti dan mendedahkan para pensyarah agar menyediakan aktiviti pembelajaran tertentu dengan tujuan untuk membolehkan para pelajar mencapai semua hasil yang telah dirancang.

Seramai 41 orang peserta terdiri dari tenaga pengajar Darul Quran telah menyertai kursus tersebut dan mendapat bimbingan dari Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia(UPM) dan Universiti Multimedia, Cyberjaya.

Dalam program ini, peserta telah diberi pengetahuan tentang The Big Picture Outcome Based Education, Writing Learning Outcome dan Mapping Outcomes and Assesment . Peserta juga turut dikehendaki membuat pembentangan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.

Layari Sistem Maklumat Latihan Bersepadu ILIM di itis.islam.gov.my untuk mendapatkan info lanjut mengenai latihan yang ditawarkan di kampus-kampus ILIM seluruh Malaysia.

 Kursus Outcome Based Education OBE

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357