Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Kursus Pasca Perkahwinan Islam “Sehati Sejiwa" Peringkat Negeri Kelantan 2024 Anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) Dengan Kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

KOTA BHARU, KELANTAN, 15-17 OGOS 2024 – Tahniah diucapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana telah berjaya mengadakan Kursus Pascaperkahwinan Islam " Sehati Sejiwa" bertempat di H-Elite Design Hotel, Kota Bharu, Kelantan dengan penyertaan seramai 36 orang peserta (18 pasangan suami isteri).

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM. Turut diserikan lagi dengan ucapan alu-aluan daripada YM Tengku Kamarudin bin Tengku Alias, Timbalan Pengarah Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).

Objektif program ini adalah untuk memperkukuh dan memantapkan hubungan suami isteri dengan nilai-nilai kekeluargaan agar dapat membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Peserta juga diberikan panduan dan tips  bagi mengatasi konflik di dalam rumah tangga dengan  meningkatkan pelbagai kemahiran yang relevan untuk membangunkan keluarga Islam yang berakhlak mulia.

Sepanjang program ini, peserta diberikan pemantapan ilmu berkaitan Pengurusan Kesihatan Keluarga, Pengurusan Kewangan Keluarga, Motivasi dan Pengurusan Psikologi serta Ibadah dan Pengurusan Stres dalam Rumah Tangga berdasarkan Modul Pascaperkahwinan Islam,  JAKIM. Terdapat juga Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan slot Kenali Diri, Masam-Masam Manis, Azam dan Aku Janji  serta Qiamullail dalam program ini.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta Kursus Pasca Perkahwinan Islam Peringkat Negeri Kelantan 2024. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.

JAHEAIK

JAHEAIK 1

JAHEAIK 2

JAHEAIK 3

JAHEAIK 4

JAHEAIK 5

JAHEAIK 6

JAHEAIK 7

JAHEAIK 8
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357