Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026

TANJUNG BUNGAH, PULAU PINANG, 15-17 MEI 2026 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah mengadakan Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Pulau Pinang 2029 pada 15-17 MEI 2026 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Mercure Hotel, Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Peserta kursus adalah seramai 19 pasangan suami isteri (38 orang) yang terdiri daripada penjawat awam dan pasangan masing-masing di Pulau Pinang. Kursus ini bertujuan untuk  untuk memperkukuh dan memantapkan hubungan suami isteri dengan nilai-nilai kekeluargaan agar dapat membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Peserta juga diberikan panduan dan tips  bagi mengatasi konflik di dalam rumah tangga dengan  meningkatkan pelbagai kemahiran yang relevan untuk membangunkan keluarga Islam yang berakhlak mulia.

Sepanjang program ini, peserta diberikan pemantapan ilmu berkaitan Pengurusan Kesihatan Keluarga oleh Dr Norhasimah binti Ismail, Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Pengurusan Kewangan Keluarga oleh En. Mohd Faizal Mohd Salleh selaku Speaker dari Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK), Motivasi dan Pengurusan Psikologi serta Ibadah oleh Pn. Zaiton binti Zainol Abidin selaku Perundingcara Kursus Pascaperkahwinan Islam Kedah serta Pengurusan Stres dalam Rumah Tangga yang disampaikan oleh En. Ahmad Mamduh bin Mohd Zulkifli, Pegawai Hal Ehwal Islam JHEAIPP. Terdapat juga Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan slot Kenali Diri, Masam-Masam Manis, Azam dan Aku Janji  serta Qiamullail dalam program ini yang dikendalikan oleh Fasilitator Kursus Pascaperkahwinan Islam terlatih iaitu En. Afifuddin Abdulmuiz bin Hamid  dan  En. Zainuddin bin Othman.

Majlis Penangguhan kursus telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Hj. Abd Aziz bin Tajuddin, Timbalan Yang Dipertua MAINPP manakala ucapan aluan disampaikan oleh YBrs. Puan Hazizah binti Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM. Syabas dan tahniah kepada semua peserta Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Sehati Sejiwa Peringkat Pulau Pinang 2026. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Pulau Pinang 01

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Pulau Pinang 02

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Pulau Pinang 03

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Pulau Pinang 04

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Pulau Pinang 05

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Pulau Pinang 06

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Pulau Pinang 07

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Pulau Pinang 08


Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370