Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Kursus Pascaperkahwinan Islam “Sehati Sejiwa" Peringkat Sarawak 2024 Anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Dengan Kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

KUCHING, SARAWAK, 13-15 SEPT 2024 – Tahniah diucapkan kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana telah berjaya mengadakan Kursus Pascaperkahwinan Islam  “Sehati Sejiwa" bertempat di UCSI Hotel Kuching, Sarawak dengan penyertaan seramai 38 orang peserta (19 pasangan suami isteri).

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Jamaluddin bin Taim, Ketya Bahagian Kemajuan Keluarga Islam, Jabatan Agama Islam Sarawak. Objektif program ini adalah untuk memperkukuh dan memantapkan hubungan suami isteri dengan nilai-nilai kekeluargaan agar dapat membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Peserta juga diberikan panduan dan tips  bagi mengatasi konflik di dalam rumah tangga dengan  meningkatkan pelbagai kemahiran yang relevan untuk membangunkan keluarga Islam yang berakhlak mulia.

Sepanjang program ini, peserta diberikan pemantapan ilmu berkaitan Pengurusan Kesihatan Keluarga, Pengurusan Kewangan Keluarga, Motivasi dan Pengurusan Psikologi serta Ibadah dan Pengurusan Stres dalam Rumah Tangga berdasarkan Modul Pascaperkahwinan Islam,  JAKIM. Terdapat juga Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan slot Kenali Diri, Masam-Masam Manis, Azam dan Aku Janji  serta Qiamullail dalam program ini.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta Kursus Pasca Perkahwinan Islam Peringkat Sarawak 2024. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.

Sehati Sejiwa 1

Sehati Sejiwa 2

Sehati Sejiwa 3

Sehati Sejiwa 4

Sehati Sejiwa 5

Sehati Sejiwa 6

Sehati Sejiwa 7

Sehati Sejiwa 8

Sehati Sejiwa 9

Sehati Sejiwa 10
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357