Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Kursus Pemantapan Pedagogi Guru KAFA Daerah Lawas Siri 2

Lawas, 17 Julai –Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lawas, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melaksanakan Kursus Pemantapan Pedagogi Guru KAFA Daerah Lawas Siri 2 pada 16 hingga 17 Julai 2022.

Kursus pada kali ini telah dihadiri oleh seramai 45 orang Guru KAFA Daerah Lawas. Objektif bagi kursus adalah untuk memperkasakan ilmu pedagogi di kalangan Guru KAFA berasaskan kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini.

Penceramah jemputan pada kursus ini ialah Ustaz Abi Sofian Haris dan Encik Muhammad Nazmi Rosli yang kedua-duanya bertugas di Kementerian Pendidikan Malaysia, Daerah Lawas.

Penguasaan ilmu pedagogi merupakan satu elemen yang penting untuk seorang guru dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Semoga dengan kursus ini akan dapat memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran.

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357