Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Kursus Pemerkasaan Bahasa Inggeris Siri 1/2021

Bangi, 19 Mac 2021 - Kluster Kecemerlangan Kepemimpinan Islam, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, telah mengadakan Kursus Pemerkasaan Bahasa Inggeris Siri 1/2021 secara hibrid kepada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam JAKIM, JAIN, MAIN, serta agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta pegawai awam dari pelbagai agensi bagi Gred 29 – 54.

Kursus yang diadakan pada 18 dan 19 Mac 2021 antara lain bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kepada pegawai dalam mengenal pasti teknik penguasaan Bahasa Inggeris bagi maksud-maksud tertentu dengan tepat dan berkesan serta mengikut situasi tempat. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membina keyakinan diri setiap pegawai agar dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan mudah dan tepat.

Kursus ini dikendalikan oleh Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Mohd Kamal bin Hassan, Felo JAKIM merangkap Pengerusi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) JAKIM dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam. Beliau berkongsi pengalaman mengenai kesalahan bahasa yang biasa digunakan oleh pegawai dalam penggunaan Bahasa Inggeris sama ada secara rasmi atau tidak rasmi. Seramai 54 orang peserta telah menyertai kursus secara hibrid ini (secara bersemuka dan menerusi pautan google meet ).

Semoga kursus ini berjaya memberi pendedahan dan kemahiran kepada para peserta khususnya dalam kemahiran berkomunikasi serta penguasaan penggunaan dalam Bahasa Inggeris dengan betul dan tepat.
 
Kursus Pemerkasaan Bahasa Inggeris Siri 1 2021 1
 
Kursus Pemerkasaan Bahasa Inggeris Siri 1 2021 2
 
Kursus Pemerkasaan Bahasa Inggeris Siri 1 2021 3
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357