Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Kursus Peningkatan Profesionalisme Imam Kariah Seluruh Malaysia

13 OGOS 2018, Bangi – Bahagian Kemajuan Islam dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pegawai dan Kakitangan Masjid SeMalaysia (GAPEMAS) telah menganjurkan Kursus Peningkatan Profesionalisme Imam Kariah Seluruh Malaysia bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi bermula 11 Ogos hingga 12 Ogos 2018.

Kursus ini disertai seramai 112 orang yang terdiri dari kalangan para pegawai serta kakitangan masjid kariah seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak. Objektif penganjuran kursus yang berlangsung selama dua (2) hari ini ialah untuk memberi pengetahuan-pengetahuan semasa yang berlaku di dalam negara di samping memperkasakan perkhidmatan imam sebagai agen pendakwah. Antara pengisian kursus ini ialah penerangan isu LGBT oleh YBrs. Dr Izwan Bin Yusof (JAKIM) dan isu berkaitan rasuah oleh YBrs. Encik Nik Mohd Sukiman Bin Nik Yusof (SPRM).

Di akhir kursus, semua peserta melafazkan “IKRAR BEBAS RASUAH” diketuai oleh Timbalan YDP GAPEMAS, YBrs. Tuan Haji Othman Bin Muda dan Majlis Penyerahan Dokumen IBR kepada KPKPj SPRM, YBhg. Tuan Haji Nor Rasmi Bin Shari disaksikan oleh Encik Mohd Azizon Bin Noordin dari Cawangan Pengimarahan Masjid (BKI), JAKIM.

Kursus Peningkatan Profesionalisme Imam Kariah Seluruh Malaysia 3
 
Kursus Peningkatan Profesionalisme Imam Kariah Seluruh Malaysia 1
 
Kursus Peningkatan Profesionalisme Imam Kariah Seluruh Malaysia 2
 
Kursus Peningkatan Profesionalisme Imam Kariah Seluruh Malaysia 4
 
Kursus Peningkatan Profesionalisme Imam Kariah Seluruh Malaysia 5
 
 
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357