Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Kursus Penyembelihan Dan Kesedaran Halal

JELEBU, 22 JUN 2022 – Menjelang Hari Raya Aidil Adha tidak lama lagi, ILIM Kampus Jelebu telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kursus Penyembelihan dan Kesedaran Halal secara dalam talian pada 22 Jun 2022. Kursus yang bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang ni telah berlangsung dengan jayanya, melibatkan penyertaan seramai 152 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat terutama dari kalangan Pegawai Hal Ehwal Islam dan Penjawat Awam dari pelbagai jabatan dan agensi.

Objektif kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan pencerahan kepada para peserta tentang ilmu-ilmu dan hukum-hakam berkaitan penyembelihan khususnya yang berkaitan Ibadah Korban yang akan dilaksanakan pada Hari Raya Aidil Adha nanti. Selain dari itu juga, ia juga diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan memilih makanan yang sihat, bersih lagi halal.

Kursus ini menyentuh topik-topik berkaitan Sembelihan Halal Dalam Teknologi Moden, Ihsan Dalam Sembelihan dan Isu-Isu Semasa serta Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban. Ceramah tiga (3) slot ini telah disampaikan dengan berkesan oleh YBrs. Ustaz Mohd Amri bin Abdullah, Pegawai Hal Ehwal Islam, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Semoga dengan terlaksananya kursus ini diharap dapat mencapai objektif yang ditetapkan serta memberi manfaat kepada peserta dalam melaksanakan pengurusan penyembelihan halal serta kesedaran untuk sentiasa berusaha mencari yang halal kerana ianya adalah suatu kewajipan.

Kursus Penyembelihan Dan Kesedaran Halal 1

Sumber berita daripada Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1012-kursus-penyembelihan-dan-kesedaran-halal

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 39
  • Yesterday 26
  • This Week 39
  • This Month 339
  • This Year 377