Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Kursus Tahsin Al-Quran

Bangi, 06 April - Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Kursus Tahsin Al-Quran secara Hibrid kepada Pegawai Kader JAKIM yang berada di Agensi/Jabatan/Kementerian dan Pegawai JAKIM/JAIN/MAIN Gred 29-54 pada 06 hingga 07 April 2021 bertempat di Bilik Ibn Khaldun, Aras Bawah, Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama, Bangi Selangor.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam ilmu menguasai kemahiran tilawah Al-Quran menurut riwayat Hafs ‘an ‘Aasim, meningkatkan kualiti bacaan Al-Quran, dan mengembalikan kesedaran akan kepentingan muraja’ah terhadap bacaan Al-Quran.

Kursus ini dikendalikan oleh dua orang Penceramah/ Guru Al-Quran yang berpengetahuan luas dan berpengalaman iaitu YBrs Al-Fadhil Ustaz Hasan Al-Fahdli bin Abdul Rahman, Naqib Imam Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Menjalara Kepong, Kuala Lumpur dan YBrs. Al-Fadhil Ustaz Zainuddin bin Ab Rahman, Guru Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Seramai 35 orang peserta telah hadir mengikuti kursus yang sangat bermanfaat ini.

Semoga kursus ini berjaya memberi pendedahan ilmu, kesedaran dan kemahiran kepada para peserta untuk menguasai tilawah Al-Quran menurut riwayat Hafs ‘an ‘Aasim dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti bacaan Al-Quran dari semasa ke semasa.
 
Kursus Tahsin Al Quran 1
 
Kursus Tahsin Al Quran 2
 
Kursus Tahsin Al Quran 3
 
Kursus Tahsin Al Quran 4
 
Kursus Tahsin Al Quran 5
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 25
  • Yesterday 26
  • This Week 25
  • This Month 325
  • This Year 363