Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Kursus Training Of Trainers Aplikasi Glosari Islam Versi Bahasa Isyarat Malaysia

Bangi, 14 September – Kaedah pengajaran yang kreatif dan inovatif perlu diterapkan dalam setiap pendidik khususnya guru-guru KAFA yang terlibat secara langsung dalam kurikulum Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) supaya dapat meningkatkan kemahiran serta melahirkan kepelbagaian dalam pengajaran.

Rentetan itu, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Bahagian Pendidikan JAKIM telah mengadakan Kursus Training of Trainers (ToT) Aplikasi Glosari Islam Versi Bahasa Isyarat Malaysia (i-Sign) pada 12 hingga 14 September 2022 bertempat di Bilik Kuliah Qadir Jailani, Aras 2, Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama Bangi. Kursus ini melibatkan penyertaan seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada Guru KAFA MBPK seluruh Malaysia.

Kursus yang diadakan selama 3 hari ini antara lain bertujuan untuk melatih para peserta menggunakan teknologi asistif khususnya Aplikasi i-Sign sebagai bahan bantu mengajar bagi program KAFA MBPK serta memperkasa MBPK (Pendengaran) melalui potensi, tahap keupayaan dan keperluan mereka.

Kursus dikendalikan oleh barisan penecramah dan fasilitator daripada Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diketuai oleh YBrs. Dr. Norakyairee bin Mohd Raus yang berpengalaman luas dalam bidang Pengajian Quran dan Integrasi Ilmu Aqli dan Naqli dalam teknologi asistif bagi komuniti Orang Kurang Upaya (OKU).

Semoga kursus ini berjaya memberi pendedahan kepada guru-guru KAFA MBPK seterusnya melahirkan barisan pendidik yang produktif agar dapat menyantuni dan menerapkan ilmu agama terhadap komuniti OKU Pendengaran di Malaysia.

isign1

Sumber berita : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1104-kursus-training-of-trainers-tot-aplikasi-glosari-islam-versi-bahasa-isyarat-malaysia

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 39
  • Yesterday 26
  • This Week 39
  • This Month 339
  • This Year 377