Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Langkah Pertama ILP Selandar Dalam Pelaksanaan Program TVET Tahfiz Bersama Darul Quran JAKIM Melalui SPHB

8 Oktober 2024 - Darul Quran JAKIM telah berjaya mengadakan Perbincangan Pengenalan Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB) serta Hubungan Kerjasama bagi Pelaksanaan Program TVET Tahfiz bersama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar. Perbincangan ini adalah selaras dengan program yang baru sahaja dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia secara rasmi di dalam Program Himpunan 24,000 Huffaz di Masjid Wilayah baru-baru ini yang dinamakan “SIJIL PERAKUAN HAFAZAN BERTAHAP (SPHB).

Antara tujuan perbincangan ini diadakan sebagai langkah pertama pertemuan pihak ILP Selandar bersama Darul Quran JAKIM dalam usaha mendapatkan pengiktirafan kerjasama bagi pelaksanaan Program TVET Tahfiz kepada institusi tersebut selain berkongsi pandangan dalam menyelami pelaksanaan SPHB yang diperkenalkan oleh Darul Quran JAKIM.

Program SPHB ini secara umumnya adalah merupakan satu program yang sangat fleksibal dari setiap sudut dan merupakan harapan kita bagi mencapai sasaran 125,000 orang huffaz menjelang tahun 2050.


LANGKAH PERTAMA ILP SELANDAR DALAM PELAKSANAAN PROGRAM TVET TAHFIZ BERSAMA DARUL QURAN JAKIM MELALUI SPHB 01

LANGKAH PERTAMA ILP SELANDAR DALAM PELAKSANAAN PROGRAM TVET TAHFIZ BERSAMA DARUL QURAN JAKIM MELALUI SPHB 02

LANGKAH PERTAMA ILP SELANDAR DALAM PELAKSANAAN PROGRAM TVET TAHFIZ BERSAMA DARUL QURAN JAKIM MELALUI SPHB 03

LANGKAH PERTAMA ILP SELANDAR DALAM PELAKSANAAN PROGRAM TVET TAHFIZ BERSAMA DARUL QURAN JAKIM MELALUI SPHB 04
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 34
  • Yesterday 26
  • This Week 34
  • This Month 334
  • This Year 372