News
News
Lawatan Akademik Delegasi Malaysian Technical Cooperation Program (MTCP)
Putrajaya, 03 Oktober 2018. Seramai 9 orang peserta Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) 2018 anjuran Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan lawatan akademik ke Bahagian Hab Halal, JAKIM di Blok D, Presint 3, Kompleks Islam Putrajaya.
Lawatan yang bermula jam 9.00 pagi tersebut bertujuan untuk mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan Pensijilan Halal Malaysia. Peserta turut dibawa melawat sekitar Bahagian Hab Halal, JAKIM untuk melihat dengan lebih dekat prosedur kerja di bahagian ini.
Bagi memantapkan lagi informasi berkenaan Pensijilan Halal Malaysia, delegasi MTCP dari pelbagai negara termasuk Kyrgyzstan, Afrika Selatan, Filipina, Laos dan lain-lainnya turut dibawa melawat ke Malaysia Halal Anaylsis Centre (MyHAC), Bandar Enstek, Negeri Sembilan bagi melihat dan mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan fungsi makmal tersebut.
Turut bersama menyantuni lawatan kali ini ialah Ustaz Mohd Asri bin Abdullah dan Ustazah Zuraini bt Yahaya selaku Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Hab Halal, JAKIM serta warga kerja Malaysia Halal Analysis Centre (MyHAC).
*Ikuti aktiviti-aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar



Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 31
- Yesterday 26
- This Week 31
- This Month 331
- This Year 369