Lawatan dari Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Daerah Alor Gajah Melaka ke Bahagian Hab Halal, JAKIM.
Putrajaya- 28 Sya’aban 1439H bersamaan 14 Mei 2018M (Isnin), Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Daerah Alor Gajah, Melaka telah mengadakan Lawatan Ilmiah ke Bahagian Hab Halal Jakim.
Objektif lawatan tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada para ahli lembaga mengenai isu-isu semasa berkaitan halal di Malaysia serta bagaimana proses permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Penerangan ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Naim bin Mohd Aziz, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hab Halal. Semoga dengan pemahaman yang sebenar mengenai Halal Malaysia dapat mengurangkan penularan (viral) maklumat palsu yang berlegar di alam maya.
Ikuti pelbagai aktiviti Halal Malaysia di:-
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.