News
News
Lawatan Delegasi Pelajar Islam Cambodia ke Jakim Sempena Program 'Future Muslim Leaders' Anjuran Union Of Muslim Youth Of Cambodia (UMYC)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah menerima kunjungan dari Union of Muslim Youth of Cambodia (UMYC) dalam rangka program ‘Future Muslim Leaders and Visit to Malaysia 2016’ pada 29 Julai 2016 (Jumaat). Objektif utama program ini ialah untuk memberi latihan dan pendedahan kepada belia Muslim yang terpilih untuk menjadi pemimpin masyarakat Islam di Cambodia pada masa hadapan.
Delegasi ini adalah terdiri dari 28 peserta terdiri dari 17 lelaki, 11perempuan. Delegasi ini diketuai oleh Y.Bhg Dato’ Wira Dr. Hj. Jamil Osman, Director and Regional Representative IIIT, UIAM. Sesi Lawatan tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg Datuk Haji Mohd Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim. Lawatan ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan dan pengalaman dengan Jakim selaku agensi pusat dalam pengurusan hal ehwal di negara ini. Delegasi mahasiswa dari Kemboja menghargai sumbangan pihak JAKIM selama ini yang amat bermakna dalam usaha membina barisan pimpinan di Cambodia pada masa hadapan.

Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 19
- Yesterday 26
- This Week 19
- This Month 319
- This Year 357