News
News
Lawatan Kerja Penjara Simpang Renggam ke BPH JAKIM Perkukuhkan Informasi Berkaitan Halal
Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM telah menerima lawatan kerja dari pihak pentadbiran Penjara Simpang Renggam, Johor pada 04 Mac 2019. Lawatan yang terdiri daripada 6 orang pegawai dari agensi berkenaan diketuai oleh Timbalan Penguasa Penjara iaitu Tuan Mohd Azman bertujuan untuk memperoleh maklumat berkaitan prosedur permohonan pensijilan Halal Malaysia bagi kawasan dapur Penjara Simpang Renggam.
Lawatan kerja yang berlangsung hampir 2 jam di Kompleks Islam Putrajaya tersebut ialah hasil dari perbincangan melalui Mesyuarat Pengurusan Penyediaan Makanan Penjara Simpang Renggam yang bertujuan untuk menjaga kualiti dan status halal penyediaan makananan di dapur agensi berkenaan agar sentiasa mematuhi garis panduan halal yang ditetapkan.
Turut bersama menyantuni lawatan kerja ini ialah YBrs. Tuan Bukhari Md Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM dan pegawai-pegawai kanan dari bahagian ini. Semoga dengan lawatan kerja seumpama ini akan memperkukuhkan lagi hubungan antara agensi dan kefahaman berkaitan kepentingan Pensijilan Halal Malaysia kepada semua pihak.
*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my
http://www.islam.gov.my
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaHaveFaith
#HalalConnectingTheWorld
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#Rahmah



Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 32
- Yesterday 26
- This Week 32
- This Month 332
- This Year 370