Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Lawatan mesra industri perkukuhkan hubungan & kefahaman

PUTRAJAYA, 28 Disember - Menutup tirai tahun 2018, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM telah menerima lawatan dari pihak Persatuan Kosmetik, Dandanan Diri & Haruman Malaysia yang diketuai oleh Puan Lilywati Arshad selaku presiden persatuan berkenaan.

Lawatan yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya tersebut bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan serta perbincangan lanjut berkaitan pensijilan halal bagi skim yang berkaitan dengan kosmetik dan dandanan diri. Turut bersama menyantuni lawatan kali ini, YBrs. Tuan Bukhari Md Akhir, Pengarah, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM bersama pegawai-pegawai kanan dari bahagian ini.

Semoga dengan lawatan seumpama ini akan terus mengukuhkan lagi hubungan serta kefahaman serta kolaborasi khususnya dalam kalangan industri kosmetik dan dandanan diri berkaitan Pensijilan Halal Malaysia.

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

LAWATAN INDUSTRI 28122018 UTAMA

LAWATAN INDUSTRI 28122018 2

LAWATAN INDUSTRI 3 28122018

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357