News
News
Lawatan Penanda Aras EKSA oleh Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Melaka
Bangi, 13 Februari 2018 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi telah menerima kunjungan pelawat seramai 18 orang pegawai dan kakitangan dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Melaka.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapat pendedahan awal serta melihat secara dekat aplikasi pelaksanaan EKSA di ILIM. Ketibaan pelawat disambut oleh Puan Zaini Naura Aza Md Zain selaku Timbalan Pengarah merangkap Timbalan Pengerusi EKSA ILIM, Ketua-ketua Jawatankuasa Induk dan Zon EKSA.
Lawatan diteruskan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Setiausaha EKSA ILIM, Encik Zulkurnain bin Hassan dan seterusnya dibawa melawat ke sekitar zon-zon terlibat bagi melihat dengan lebih dekat pelaksanaan EKSA di ILIM.
Adalah diharapkan agar perkongsian menerusi sesi lawatan ini dapat memperluas pelaksanaan EKSA di agensi Kerajaan lain bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif; meningkatkan imej korporat; menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi serta menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau dan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.











Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 19
- Yesterday 26
- This Week 19
- This Month 319
- This Year 357