Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Lawatan Rasmi PITAS Ke Darul Quran jakim Bagi Menjalinkan Kerjasama SPHB

14 Mei 2025 – Satu lawatan rasmi daripada Persatuan Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS), telah diadakan di kampus Darul Quran, JAKIM, di Kuala Kubu Bharu hari ini. Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan peluang kerjasama strategik dalam pembangunan pendidikan tahfiz di Selangor bagi program Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB).

Delegasi PITAS yang diketuai oleh YBrs. PU Dr. Muhamad Hafiz Bin Muhamad Haneefa A.M.S, telah disambut oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim (Pengarah Darul Quran JAKIM) dan pegawai-pegawai Cawangan Kualiti Darul Quran. Dalam sesi perbincangan yang berlangsung, kedua-dua pihak bertukar pandangan berkaitan pengiktirafan pendidikan tahfiz di Selangor di samping beberapa perkara melibatkan pelaksanaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) dan Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB).

Semoga pertemuan pada hari ini dapat mewujudkan kerjasama kedua-dua  pihak dlm memertabatkan Al- Quran di Malaysia.





Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357