Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Pelancaran Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama Malaysia (MESMA) Peringkat Kebangsaan Kali ke-4 Tahun 2023

8 Februari 2023, Kota Bharu: Pada hari ini JAKIM dengan kerjasama Yayasan Islam Negeri Kelantan telah melancarkan Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama Malaysia (MESMA) Peringkat Kebangsaan Kali ke-4 Tahun 2023. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM.

Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama Malaysia (MESMA) Peringkat Kebangsaan Kali ke-4 akan berlangsung pada 6 hingga 9 Ogos 2023 (Ahad hingga Rabu) di Universiti Sains Malaysia Kubang Krian, Kelantan. Dua acara akan dipertandingkan iaitu Recurve dan Tradisional.

Pemilihan pemain di peringkat sekolah akan bemula pada bulan Mac 2023. Pertandingan di peringkat sekolah dan zon sehingga ke peringkat daerah akan dibuat pada bulan Mei 2023. Manakala Pertandingan di peringkat negeri pada bulan Jun hingga Julai 2023. Semua ini adalah persiapan ke peringkat Kebangsaan pada 6 hingga 9 Ogos 2023.

Seramai 196 orang peserta (lelaki/perempuan) dari 14 buah negeri yang merupakan pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Keseluruhan kontijen melebihi 500 orang termasuk pegawai, pengadil dan urusetia pertandingan.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk menerapkan nilai semangat bersaing secara sihat, berkeyakinan dan fokus terhadap apa jua yang dilakukan. Di samping itu untuk mengembangkan potensi pelajar ke arah menguasai kemahiran, bakat dan kebolehan yang dimiliki mereka untuk dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Berdasar rekod pencapaian mahrajan sebelum ini terdapat beberapa orang peserta mahrajan telah dipilih sebagai atlit peringkat negeri untuk bertanding ke peringkat kebangsaan seperti SUKMA dan Kejohanan Memanah Kebangsaan. Pihak penganjur meletakkan sasaran bahawa peserta bukan sahaja berjaya mencipta kejayaan diperingkat kebangsaan tetapi diharapkan mereka berjaya juga diperingkat antarabangsa.

Mahrajan MESMA Kebangsaan ke 4 2023 1

Mahrajan MESMA Kebangsaan ke 4 2023 2

Mahrajan MESMA Kebangsaan ke 4 2023 3

Mahrajan MESMA Kebangsaan ke 4 2023 4
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370