Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Majlis Anugerah Kecemerlangan UPKK 2019 Daerah Tawau Sempena Program Lawatan YB Tuan Haji Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ke Tawau, Sabah

Majlis Anugerah Kecemerlangan UPKK 2019 Daerah Tawau telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertempat di Dewan Serbaguna SABK Kg Kinabutan, Batu 4, Tawau Sabah. 
 
Seramai 74 yang telah berjaya mendapat keputusan Cemerlang 8A  telah menerima Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 
 
Dalam ucapan, beliau berharap semua lapisan masyarakat memberi perhatian kepada Pendidikan Agama kepada anak-anak serta memberikan sokongan terhadap usaha pihak sekolah khususnya dan JAKIM secara am nya. 
 
Anugerah UPKK yang diadakan ini dapat dijadikan sebagai satu ruang penghargaan untuk murid dan memberi motivasi kepada rakan dan warga sekolah. 
 
Selain itu, Pembangunan Pendidikan KAFA juga akan diberi perhatian sewajarnya oleh JAKIM . 
 
SESI LAWATAN KE KELAS KAFA BATU 4
 
Kesempatan YB Timbalan Menteri bersama warga Sekolah KAFA juga telah mendapat taklimat dari Ustaz Mohd Anuar Abdul Rani, KPP Bahagian Pendidikan  menegaskan kepada semua negeri agar menggunapakai Kurikulum 2.0 dan Buku Teks KAFA bagi memastikan murid mendapat pembelajaran yang terarah dan terancang selaras dgn matlamat dan objektif KAFA serta melayakkan murid mengambil Ujian Penilaian kelas KAFA (UPKK).
 
Bahagian Pendidikan JAKIM mengucapkan setinggi-tingi penghargaan dan Tahniah atas penganjuran.
 
WhatsApp Image 2020 08 29 at 11.29.04 AM 1
 
WhatsApp Image 2020 08 29 at 11.29.04 AM
 
WhatsApp Image 2020 08 29 at 11.31.58 AM
 
WhatsApp Image 2020 08 29 at 11.32.18 AM
 
WhatsApp Image 2020 08 29 at 11.32.18 AM 1
 
Bahagian Pendidikan
JAKIM
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357