Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/2020M (EN)

Tema Sambutan Ma'aI Hijrah "UMMAH RABBANI NEGARA HARMONI". Iaitu Islam menguruskan penghijrahan yang berlaku dalam masyarakat memerlukan kepada kekuatan modal insan, ilmu dan pengetahuan serta kecekapan pengurusan. Ketiga - tiga aspek ini terangkum dalam konsep ummah Rabbani yang bukan semata -mata memberi fokus kepada urusan ukhrawi bahkan ia turut memberi penekanan terhadap urusan mentadbir urus duniawi dan segenap aspek termasuklah ekonomi, politik, kesihatan, kebajikan, dan lain-lain lagi.

 

Kemuncak bagi Majlis Sambutan Ma’al Hijrah ini adalah penganugerahan Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M. Pada tahun ini, Jawatankuasa Induk telah bersetuju menyampaikan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada seorang tokoh tanahair iaituTan Sri Dato’ seri Noor Hisyam bin Abdullah. Beliau juga merupakan Pengarah Kesihatan Malaysia. Manakala seorang tokoh antarabangsa telah dianugerahkan kepada Ybhg Syeikh Prof. Dr Ahmad Tayyib Syeikh Al Azhar Al Syarif.

 

Kriteria tokoh yang dipilih adalah berdasarkan kepada pengetahuan dan pengalaman yang luas, mempunyai sifat dan peribadi yang unggul serta telah memberi sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan syiar Islam. Tokoh juga telah memberi sumbangan besar dalam pembangunan ummah selain mendapat pengiktirafan serta diterima oleh masyarakat dalam dan luar negara.

 

Bersempena sambutan Ma'al Hijrah pada tahun ini juga pihak RTM membawa secara Iangsung rancangan Bual Bicara Khas mulai jam 6.00 petang di studio IBC, Angkasapuri, Kuala Lumpur oleh Al-Fadhil Ustaz Elyas Ismail dan AI-Fadhilah Ustazah Asma' Harun. Seterusnya  diadakan upacara pengurniaan tokoh Ma'aI Hijrah dan sesi bergambar. Kemudian majlis disusuli dengan tahlil dan doa selamat serta diakhiri dengan Bacaan Doa Akhir dan Awal Tahun oleh Imam Besar Masjid Negara.

apple 

 

NBK 8881

NBK 8906

NBK 8914

NBK 8979

 

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357