Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

“Masih Islamkah Aku?”

“Menjaga akidah termasuk di dalam menjaga agama (Hifz Ad-Din) di mana pemerintah menguatkuasakan peraturan tertentu ke atas masyarakat dan individu, serta memulihkan perkara-perkara yang menggugat akidah Islam sebagai jaminan dalam memelihara kesucian agama dan kemurnian akidah. JAKIM bersama pihak berkuasa agama negeri seperti Jabatan dan Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti Negeri dan lain-lain sentiasa menjalankan usaha bagi memastikan akidah umat Islam di negara ini sentiasa terpelihara selaras dengan prinsip al-amr bi al-ma’ruf wa al-nahy ‘an al-munkar”

Demikian pernyataan yang ditegaskan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) semasa merasmikan Webinar Pencegahan Jenayah Syariah anjuran Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah JAKIM pada 7 April 2021 secara langsung di FB Live JAKIM.

Hadir sama ke majlis perasmian tersebut ialah Ketua Pengarah JAKIM dan Pengarah-Pengarah Bahagian, JAKIM.

Dengan tajuk “Masih Islamkah Aku”, moderator Ustaz Hassim bin Ab Gani, Penolong Pengarah Kanan JAKIM bersama dua panelis iaitu Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Timbalan Mufti Selangor dan YBhg. Tuan Nik Azlan bin Nik Man, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah berjaya mengupas topik tersebut dengan padat dan menarik.

Antara perkara yang diberikan penekanan sepanjang bual bicara tersebut ialah bagaimana umat Islam perlu menjaga akidah yang berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah agar tidak mudah terpengaruh dengan perlakuan yang boleh menyebabkan gugurnya iman.
Turut diperjelaskan ialah mengenai beberapa kesalahan jenayah Syariah yang berhubungan dengan akidah dan peranan institusi Islam dalam menyelesaikan kes-kes yang berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia.

Untuk rekod, webinar ini turut mendapat tontonan dari 10 buah negara termasuk Indonesia, Arab Saudi, Australia dan Amerika Syarikat. Kepada anda yang tidak sempat menyertainya, siaran ini boleh ditonton semula melalui FB JAKIM.
 
Masih Islamkah Aku 1
 
Masih Islamkah Aku 2
 
Masih Islamkah Aku 3
 
Masih Islamkah Aku 4
 
Masih Islamkah Aku 5
 
Masih Islamkah Aku 6
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357