Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Mega Sale Haji: Tarbiyyatul Makkah

Bicara Ummah Siri 1 telah berjaya dianjurkan oleh Bahagian Dakwah pada 16 Ogos 2018 bertempat di Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya. Dengan tajuk Mega Sale Haji: Tarbiyyatul Makkah, bicara ini disampaikan oleh penceramah bebas, YBrs Ustaz Harryanto Rizal bin Rokman. Hadir sama ke majlis ilmu ini ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah, Tuan Haji Mohd Norizan bin Abdul Ghani. Bicara pada kali ni mengupas amalan serta fadilat pada bulan Zulhijjah.

Bicara Ummah ini telah dihadiri seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan awam, NGO dan orang awam. Antara objektif penganjuran program bulanan ini ialah untuk memupuk budaya ilmu dalam kalangan kakitangan awam dan NGO serta menerapkan seterusnya mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.
 
Bicara ummah siri1 2018 1
 
Bicara ummah siri1 2018 2
 
Bicara ummah siri1 2018 3
 
Bicara ummah siri1 2018 4
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 44
  • Yesterday 26
  • This Week 44
  • This Month 344
  • This Year 382