News
News
Menjana Idea Kreatif Bahan Penerbitan
Kluster Pengurusan Teknologi Maklumat (KPTM) telah mengadakan Kursus Microsoft Publisher pada 5 hingga 6 April 2017 (Rabu dan Khamis) bertempat di Bilik Multimedia 2, ILIM. Kursus ini merupakan satu program yang memberi pengetahuan mengenai cara mudah bagi menghasilkan bahan penerbitan.
Seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai Agensi dan Kementerian iaitu dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan Penjara.
Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam menghasilkan bahan penerbitan yang menarik dan menjana idea-idea yang kreatif dalam penghasilan bahan penerbitan yang bermutu. Antara bahan penerbitan yang dihasilkan adalah Buku Program, Flyers, Banner, Label, Kad Ucapan, Sampul Surat, Name Card dan Kalendar.


Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 25
- Yesterday 26
- This Week 25
- This Month 325
- This Year 363