News
News
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pendakwaan Syariah
Putrajaya - 13 Februari 2019 JAKIM melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pendakwaan Syariah bertempat di Bilik Mesyuarat Ar-Rasyid, Aras 7, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah BPPPS, Tuan Mohamad Kori bin Jusoh dan dihadiri oleh Ketua-Ketua Pendakwa Syarie (KPS) seluruh Malaysia.
Mesyuarat ini bertujuan memohon pandangan negeri dalam usaha memantapkan institusi pendakwaan syariah selaras dengan keperluan dan kehendak semasa. Antara perkara yang yang ditekankan dalam mesyuarat tersebut ialah :
1. Pemerkasaan institusi pendakwaan syariah ke arah struktur yang lebih relevan dengan kehendak semasa serta perlaksanaan yang lebih berkesan.
2. Menyelaras dasar pelaksanaan penguatkuasaan dan pendakwaan, undang-undang syariah, menggubal arahan, garis panduan dan peraturan yang seragam dengan penguatkuasaan dan pendakwaan.
Ini merupakan salah satu langkah BPPPS dalam memantapkan pengurusan hal ehwal pendakwaan syariah dan memartabatkan agama Islam secara umumnya.
Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 19
- Yesterday 26
- This Week 19
- This Month 319
- This Year 357