Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Akademik Darul Quran Kali 1/2021

12 April 2021 - Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Akademik (JKPA) Darul Quran telah bersidang di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dr. Nordin bin Ahmad, Pengarah Kanan ILIM yang turut menjanlankan tugas Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM.

Sebanyak tiga kertas cadangan telah dikemukakan dalam mesyuarat ini selepas dibahaskan di peringkat Mesyuarat Pengajian DQ iaitu:
1) Kertas Cadangan Perakuan Keputusan Peperiksaan Semester Akhir Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran Tahun 2021
2) Kertas Cadangan Mewujudkan Program Diploma Tahfiz Al-Quran (Usuluddin)
3) Kertas Cadangan Mewujudkan Program Diploma Tahfiz Al-Quran (Syariah)

Ahli-ahli Jawatankuasa Penasihat Akademik DQ ini terdiri daripada dua orang pegawai pengurusan tertinggi JAKIM serta ahli-ahli akademik dengan Timbalan Pengarah Operasi JAKIM sebagai Pengerusi dan Pengarah DQ sebagai Setiausaha. Semoga idea dan keputusan yang diperolehi menerusi mesyuarat ini memberikan manfaat buat institusi pendidikan tahfiz di negara ini.
 
Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Akademik Darul Quran Kali 1 2021 1
 
Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Akademik Darul Quran Kali 1 2021 2
 
Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Akademik Darul Quran Kali 1 2021 3
 
Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Akademik Darul Quran Kali 1 2021 4
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 31
  • Yesterday 26
  • This Week 31
  • This Month 331
  • This Year 369