Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sekretariat MABIMS

Kuching, 18 September 2018 (Selasa) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Perhubungan telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sekretariat bagi Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) yang telah diadakan di Kuching, Sarawak.

Malaysia telah dilantik selaku Negara Penghubung Tetap bagi tempoh dua (2) tahun bermula 2017 hingga 2018 untuk menyelaras dan menjadi tuan rumah bagi mesyuarat kali ini. Penyertaan mesyuarat ini dihadiri oleh Ketua-Ketua Pegawai Kanan (SOM) dan Sekretariat MABIMS bagi empat (4) buah negara anggota iaitu Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura.

Mesyuarat yang diadakan pada kali ini telah membentangkan laporan dan perbincangan pemerkasaan lapan (8) bidang kerjasama Pelan Strategik MABIMS 2016-2020. Malaysia telah menjadi Negara Penyelaras bagi Bidang Kerjasama ke-3, 6 dan 8 iaitu Meningkatkan Taraf Hidup Umat Islam Yang Memerlukan, Memperluas Peranan MABIMS ke Dunia Luar dan Memperkasa Penyelarasan Halal MABIMS.

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sekretariat MABIMS ini telah dihadiri oleh 25 orang sekretariat MABIMS yang turut dianggotai oleh Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Hasil mesyuarat ini akan dibawa dalam Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura di Brunei, November nanti.
 
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sekretariat MABIMS 2018 1
 
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sekretariat MABIMS 2018 2
 
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sekretariat MABIMS 2018 3
 
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sekretariat MABIMS 2018 4
 
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sekretariat MABIMS 2018 5
 
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sekretariat MABIMS 2018 6
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 31
  • Yesterday 26
  • This Week 31
  • This Month 331
  • This Year 369