Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil. 1 Tahun 2024

Putrajaya, 5 Rejab 1445H bersamaan 17 Januari 2024M - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah mengadakan Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil. 01 Tahun 2024 bertempat di Dewan Syura A, Kompleks Islam Putrajaya.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Datin Paduka Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM dan dihadiri oleh semua ahli-ahli Panel Pakar Falak dan pegawai-pegawai kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM.

Objektif mesyuarat adalah menganalisis dan mengesahkan data hari cerapan hilal awal Ramadan, Syawal & Zulhijah 1445H/2024M, Takwim 2026 & 2027M /1447-1449H dan turut dibentang beberapa laporan kajian falak serta merencana pelan komunikasi terhadap isu-isu falak.

Mesyuarat ini adalah yang pertama bagi lantikan ahli Panel Pakar Falak sesi 2024/25. Keahlian Panel Pakar Falak (PPF) diketuai oleh Ketua Pengarah JAKIM dan dibantu oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM. 4 ahli lantikan berdasarkan jawatan dan sebahagian besar lantikan pengalaman serta kepakaran dalam bidang falak, syariah, ilmu thurath,  teknikal, sains, angkasa, penyelidikan dan lain-lain.

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil. 1 Tahun 2024

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil. 1 Tahun 2024 2

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil. 1 Tahun 2024 3

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil. 1 Tahun 2024 4

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil. 1 Tahun 2024 5

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil. 1 Tahun 2024 6

Mesyuarat Panel Pakar Falak Bil. 1 Tahun 2024 7
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 25
  • Yesterday 26
  • This Week 25
  • This Month 325
  • This Year 363