Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Mesyuarat Penyelarasan User Requirements Study (URS) Sistem e-Jinayat Versi 3.1 Siri 2 Modul Penguatkuasaan Syariah dan Modul Pendakwaan Syariah

Putrajaya - 12 Ogos 2020, JAKIM melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Kajian Keperluan Pengguna (User Requirements Study (URS)) Sistem e-Jinayat Versi 3.1 Siri 2 bagi Modul Penguatkuasaan Syariah dan Modul Pendakwaan Syariah bertempat di Bilik Mesyuarat Ar-Rasyid, Aras 7, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.
 
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah BPPPS itu telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Pendakwa Syarie Negeri, Pegawai-Pegawai Penguat Kuasa Agama Negeri dan Pentadbir-Pentadbir Sistem e-Jinayat dari Bahagian Penguatkuasaan Syariah Negeri dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri.
 
Mesyuarat Penyelarasan Kajian Keperluan Pengguna tersebut diadakan bagi mendapatkan pandangan, maklum balas dan cadangan penambahbaikan tambahan daripada pengguna sistem sebelum pembangunan sistem e-Jinayat Versi 3.1 diteruskan. Untuk rekod, sistem e-Jinayat merupakan satu sistem aliran kerja penguatkuasaan dan pendakwaan yang diautomasikan ke dalam sistem yang telah dapat membantu pegawai penguat kuasa agama dan pendakwa syarie di negeri-negeri dalam menyeragamkan prosedur kerja mereka sesuai dengan kehendak undang-undang yang sedang digunapakai di negeri-negeri.
 
urs e jinayat 12082020 4
 
urs e jinayat 12082020 2
 
urs e jinayat 12082020 3
 
urs e jinayat 12082020 1
 
 
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 31
  • Yesterday 26
  • This Week 31
  • This Month 331
  • This Year 369