Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

MIISMAM 2018 Kemeriahan Ilmu

Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Agama Negeri-Negeri seluruh Malaysia telah berjaya menganjurkan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Peringkat Kebangsaan pada 27 hingga 29 Julai 2018 bertempat di Maahad Ahmadi Negeri Sembilan dan Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN). Negeri Sembilan merupakan tuan rumah pada penganjuran kali ini.

Penganjuran ini adalah bagi meningkatkan pencapaian dan perkembangan pendidikan agama Islam masa kini berdasarkan keperluan masyarakat dan negara. Ia bertepatan dengan kehendak arus perdana pendidikan negara yang memerlukan pelajar yang cerdas dalam pelajaran dan cergas dalam bersukan.

Pelajar Sekolah Agama Negeri, Rakyat dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SAN, SAR dan SABK) yang mengambil bahagian berpeluang menerima 10 markah merit untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara.

Majlis perasmian telah diadakan penuh gilang gemilang pada 29 Julai 2018 (Ahad) jam 10.00 pagi di Dewan Syatibi, ITQAN.

YAB Tuan Haji Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan telah merasmikan majlis tersebut. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Puan Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM, serta dan Pengarah-Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri dan agensi negeri.

Sebanyak 11 kontinjen dari 11 negeri telah diperkenalkan semasa majlis perasmian dengan mengibarkan bendera setiap negeri. Seramai 800 peserta dan pegawai telah terlibat dan bertanding dalam setiap acara yang dipertandingakan.

Sebanyak 11 acara telah dipertandingkan sepanjang majlis berlangsung iaitu Tilawah Al-Qur’an (lelaki dan perempuan), Tahfiz Al-Qur’an (lelaki dan perempuan), Syarahan Bahasa Inggeris (lelaki dan perempuan), Syarahan Bahasa Melayu(lelaki dan perempuan), Syarahan Bahasa Arab (lelaki dan perempuan), Bahas Ala Parlimen, Kuiz Dini, Khat (lelaki dan perempuan), Nasyid (lelaki dan perempuan), Pembacaan Kitab Turath dan Kitabatul Maqal.

Keputusan akhir pertandingan menyaksikan Selangor memperolehi johan terbanyak sesterunya dinobatkan sebagai Johan keseluruhan MIISMAM 2018.

MISMAM 2018

MIISMAM 2018 Acara Khat

MIISMAM 2018 Acara KUIZ

miismam 2018 acara syarahan

MIISMAM 2018 Acara Nasyid

 

 

 

 

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 25
  • Yesterday 26
  • This Week 25
  • This Month 325
  • This Year 363