Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Muhadharah Ekonomi Islam : Emas dan Ar-Rahnu

Bangi, 28 Jun 2018 - PELABURAN emas merupakan pilihan pelaburan terbaik dalam keadaan ekonomi semasa negara yang tidak menggalakkan kerana ia bersifat kalis inflasi. Pelaburan melalui emas masih dianggap berbaloi kerana komoditi itu dianggap sebagai medium penyimpan nilai dan memberi pulangan dalam jangka masa panjang.

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerusi Kluster Ekonomi Islam dan Pengurusan Halal telah mengadakan Muhadharah Ekonomi Islam : Emas dan Ar-Rahnu pada hari Khamis, 28 Jun 2018 bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, ILIM Bangi bertujuan memberi gambaran dan penjelasan isu-isu terkini berkaitan dunia ekonomi Islam dan memberikan kefahaman instrumen kewangan syariah kepada masyarakat umum.

Seramai lebih 100 orang peserta telah mengikuti seminar ini yang terdiri daripada penjawat awam dari pelbagai Jabatan/Agensi. Sebanyak dua slot perkongsian ceramah yang menampilkan penceramah dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) iaitu Pengurus Kanan, Pejabat Pengarah Kewangan, Dasar dan Polisi, Koperasi YaPEIM Berhad (KYB), Hajah Juliana Jusoh dengan tajuk Ar-Rahnu : Pemangkin Ekonomi Ummah dan Pengurus Besar YaPEIM Smart Venture (YSV), Mohd Rozaidi Hamat dengan tajuk Kenali Emas : Penipuan atau Pemalsuan serta Pengujian Emas.

Menurut Hajah Juliana Jusoh dalam ceramahnya, “Emas adalah satu-satunya barangan logam yang diterima oleh syarikat pajak gadai Islam Ar-Rahnu. Salah satu keuntungan menyimpan emas iaitu mudah dan cepat mendapat wang pinjaman dengan memajak emas di Ar-Rahnu. Pajak gadai emas di Ar-Rahnu memberikan kemudahan pinjaman mengikut kehendak dan hukum syariah Islam”.

Diharapkan agar perkongsian dalam seminar ini membantu menanam sikap mengutamakan aplikasi syariah dalam apa jua urusan yang melibatkan ekonomi dan kewangan harian.

s kew1

s kew

s kew3

s kew4

s kew5

s kew6

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 25
  • Yesterday 26
  • This Week 25
  • This Month 325
  • This Year 363