Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

MULTAQA MURABBI UMMAH NEGERI KEDAH TAHUN 2018

12 Februari 2018 ( Isnin ) –Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah telah mengadakan Multaqa Murabbi Ummah Negeri Kedah 2018 bertempat di TH Hotel, Alor Star, Kedah Darul Aman. Penyertaan terdiri daripada Imam Masjid, pegawai Masjid, Jawatankuasa Masjid, Jawatankuasa kariah dan guru takmir Negeri Kedah seramai 2,000 orang.

Dalam program tersebut, para peserta telah mengikuti satu sesi pembentangan yang menarik oleh Sahibus Samahah Dato’ Sheikh Fadzil bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah dengan tajuk “ Institusi Masjid Pemerkasa Legasi Ummah”.

Pada jam 11.15 pagi Ucapan Aluan telah disampaikan YBhg. Dato’ Hj Ab. Rahman bin Hj Ismail, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.

Manakala pada jam 11.35 pagi YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan ucapan bagi pihak kerajaan persekutuan.Seterusnya Ucaptama oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Ahmad Bashah bin Md Hanipah, Menteri Besar Negeri Kedah telah disampaikan sejurus selepas itu.

Bersempena program ini kerajaan persekutuan yang diwakili oleh YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan 2 mock cheque yang meliputi :

  1. Bayaran imbuhan Imam, elaun guru KAFA dan Guru Takmir bagi Negeri Kedah   Tahun 2018 sebanyak RM52,490,232.00.
  2. Bayaran secara one off kepada guru takmir, guru KAFA, Imam, Bilal dan Siak Negeri Kedah Tahun 2018 sebanyak RM9,862,500.00.

Sebagai penutup multaqa tersebut, YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman telah melancarkan Program Barakah masjid bertujuan memakmur masjid dan surau seluruh negeri Kedah Darul Aman.

 MMU Kedah 2018 7

 
 
MMU Kedah 2018 5
 
MMU Kedah 2018 6
 
MMU Kedah 2018 8
 
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370