Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

“Pegawai serta ahli jawatankuasa masjid dan surau mesti menjalankan tugas dengan amanah. Jangan berpuak-puak hingga masjid atau surau menjadi tempat menumbangkan antara satu sama lain,”

Demikianlah titah perasmian oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj;Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan Serta Segala Daerah Takluknya, dalam Program Multaqa Pegawai Masjid dan Surau, Guru Kelas al Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan Guru Takmir peringkat Negeri Selangor di Stadium Malawati pada 13 Mac 2017 (Isnin).

Selain daripada itu, Baginda Sultan bertitah supaya semua guru-guru KAFA mendalami, memahami dan mengikuti pegangan ahli Sunnah Wal Jamaah. Hal ini penting bagi memastikan ilmu dan ajaran agama yang disampaikan adalah ilmu yang betul, supaya dapat melahirkan ummah yang mempunyai sifat dan akhlak terpuji, bertoleransi antara satu sama lain dan berusaha mengeratkan silaturrahim sesama umat Islam.

DYMM Sultan Selangor turut menyempurnakan pelancaran Buku Peraturan-peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017, dengan disaksikan oleh YAB Menteri Besar Selangor; Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali; YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM); YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Hj. Baharom (B); dan dhif-dhif kehormat yang lain.

Baginda Sultan Selangor juga telah berkenan untuk menerima “Mock Cheque” daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM41.8 juta yang disampaikan oleh YB Menteri di JPM bagi bayaran imbuhan imam, elaun Guru KAFA dan Takmir serta sumbangan one off Bilal dan Siak di Negeri Selangor.

Program yang telah dihadiri seramai hampir 6000 orang pegawai masjid dan surau, guru-guru takmir dan guru-guru KAFA di seluruh negeri Selangor ini, turut menyaksikan majlis penyampaian Watikah Pelantikan kepada Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau Negeri Selangor Sesi 2017-2019 dan Anugerah Khas Kepada Nazir,Imam, Guru KAFA ,Sekolah KAFA Dan Guru Takmir Negeri Selangor.

 

multaqa sel 1

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj menyampaikan titah ucapan perasmian.

 

multaqa sel2

Dhif Kehormat di atas pentas Di-Raja

 

multaqa sel3

DYMM Sultan Selangor berkenan untuk menyempurnakan pelancaran Buku Peraturan-peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017

 

multaqa sel4

Baginda Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga telah berkenan untuk menerima “Mock Cheque” daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM41.8 juta yang disampaikan oleh YB Menteri di JPM; Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom (B)

 

multaqa sel5

Baginda Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkenan untuk menerima frame gambar Kompleks Islam Putrajaya daripada YB Menteri di JPM; Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom (B).

 

multaqa sel6

Antara peserta Multaqa

 

multaqa sel7

Penerima Anugerah

 

multaqa sel8

Penerima Anugerah

 

multaqa sel9

 

multaqa sel10

 

multaqa sel12

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357