Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Pelajar Baharu Program Pensijilan Tahfiz al-Quran Jakim-IIUM Selamat Mendaftar

23 Mei 2022 - Seramai 61 orang pelajar baharu telah selamat mendaftar dalam Majlis Sambutan Pelajar Baharu Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Sesi 2022-2023 yang diadakan di Dewan Muktamar pada pagi ini. Berdasarkan jumlah tersebut seramai 38 orang pelajar lelaki dan 23 orang pula adalah pelajar perempuan. Pada pengambilan bagi sesi kali ini, Darul Quran telah menerima sebanyak 550 permohonan. Daripada jumlah tersebut, seramai 118 orang calon layak dipanggil temu duga. Namun hanya 84 orang calon sahaja yang telah menyertai sesi temu duga yang diadakan pada akhir bulan April yang lalu.

Majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh Pengarah Darul Quran, Ustaz Mohamad Kori bin Jusoh. Turut hadir menyertai bersama majlis ini ialah Prof. Madya Dr. Haslina Hassan, Pengarah Bahagian Pengurusan Akademik & Kemasukan Pelajar (AMAD), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Encik Murshid bin Kassimm, Dekan Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Kampus Kuantan serta pegawai-pegawai yang lain.

Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga anak-anak pelajar baharu Darul Quran memanfaatkan peluang ini untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya di dunia dan juga akhirat.

Pelajar Baharu Program Pensijilan Tahfiz al Quran Jakim IIUM Selamat Mendaftar

Sumber berita daripada Laman Web Darul Quran : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=570

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370