Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Pelajar DQ Sertai Bengkel TOT Sukarelawan Sosial Islam

14 Ogos 2022 – Pelajar dari Syukbah Dakwah Program Diploma Darul Quran telah menyertai Bengkel Training of Trainers (ToT) Manual Sukarelawan Sosial Islam pada 12 hingga 14 Ogos 2022. Program ini merupakan anjuran bersama Bahagian Keluarga Sosial & Komuniti (KSK) JAKIM, Darul Quran serta Persatuan Ulama Malaysia Wilayah Persekutuan (PUMWP). Majlis pembukaan program telah disempurnakan oleh Pengerusi PUMWP, Dato’ Muhamad bin Abdullah.

Dalam bengkel ini, para peserta berpeluang mengikuti slot ceramah panel sukarelawan JAKIM bagi mengetahui tugas-tugas seorang sukarelawan, program-program yang boleh mereka sertai atau laksanakan serta cabaran-cabaran yang akan dihadapi. Panel penceramah ialah Dr. Wahiza binti Wahit dari Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Encik Kamaruddin Kassim dari PUMWP dan Puan Noor Azian binti Baharudin selaku Panel Sukarelawan.

Aktiviti lain yang diadakan ialah program khidmat masyarakat bersama komuniti di Chow Kit, antaranya memasak cucur bilis, bubur kacang dan menyediakan juadah makanan tengah hari. Makanan-makanan tersebut telah diagihkan kepada komuniti di Chow Kit. Di samping itu turut diadakan program bersama anak-anak seperti menyemak bacaan al-Quran, aktiviti melukis dan permainan kanak-kanak. Majlis perasmian penutup yang diadakan pada hari terakhir program telah disempurnakan oleh KPP Bahagian Keluarga Sosial & Komuniti (KSK) JAKIM, Ustazah Norhaliza binti Ali.

Pelajar DQ Sertai TOT Sukarelawan Sosial Islam

Sumber berita : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=622
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370