Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Pembudayaan Gaya Hidup Sihat & Pemakanan Halal Melalui HFR 2019

KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA - Pembudayaan gaya hidup sihat dan pemakanan halal terus digerakkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui penganjuran Majlis Pelancaran Halal Fun Run 2019 yang telah berlangsung di aras 9, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya pada 21 Ogos semalam.

Majlis yang dilancarkan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid Bin Yusof, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri tersebut telah dihadiri oleh hampir 100 orang tetamu yang terdiri daripada rakan-rakan media, pihak industri, rakan-rakan strategik termasuk pelajar-pelajar kelainan upaya dari SMK Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur.

Turut hadir bersama YBhg. Dato' Paimuzi Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM dan YBrs. Tuan Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI serta pengarah-pengarah bahagian di JAKIM. Pendaftaran HFR 2019 yang menyasarkan 3000 penyertaan telah pun dibuka kepada orang ramai termasuk golongan Orang Kelainan Upaya sehingga 31 Ogos ini di https://www.checkpointspot.asia/halalrun dan akan diserikan dengan penyertaan daripada artis-artis tempatan seperti Dato' Sri Siti Nurhaliza, Munif Hijjaz serta lain-lainnya.

#YakiniHalalMalaysia
#HalalConnectingPeople
#HalalConnectingTheWorld
#HalalFunRun2019
#HFR2019
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#Rahmah

Pelancaran Halal Fun Run 1

Pelancaran Halal Fun Run 2

 

Pelancaran Halal Fun Run 4

Pelancaran Halal Fun Run 5

Pelancaran Halal Fun Run 6

Pelancaran Halal Fun Run 7

Pelancaran Halal Fun Run 8 copy

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357