Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Pemerkasaan Pegawai Penguat Kuasa Agama Melalui Penggubalan SOP Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah

24 Feb 2022 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) kesekian kalinya secara konsisten meneruskan usaha memperkasa institusi penguatkuasaan agama dengan menganjurkan Bengkel Penyemakan Dan Penggubalan Model Standard Operating Procedure (SOP) Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Bil.1/2022 secara bersemuka setelah beberapa kali program (BPPPS) diadakan melalui persidangan video bersama Pegawai Penguat Kuasa Agama negeri seluruh Malaysia. Bengkel ini dijalankan selama dua hari bermula 23 Feb 2022.

Bengkel yang telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Ahmad Husaini Bin Mustafa, Pengarah BPPPS itu telah membincangkan beberapa penambahbaikan terhadap Standard Operating Procedure (SOP) Permohonan dan Pelaksanaan Waran Tangkap Di Luar Bidang Kuasa. Bengkel tersebut juga merupakan salah satu usaha penyelarasan yang dilaksanakan oleh JAKIM dalam perkara perundangan bagi membantu memperkemaskan dan melancarkan pengurusan perkhidmatan serta tindakan penguatkuasaan syariah yang diamanahkan kepada Pegawai Penguat Kuasa Agama Seluruh Malaysia.

Bengkel SOP Undang Undang Syariah Bil 1 2022 1

Bengkel SOP Undang Undang Syariah Bil 1 2022 2

Bengkel SOP Undang Undang Syariah Bil 1 2022 3
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370