Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Pensijilan Halal Eratkan Negara Serumpun

PUTRAJAYA, 31 Oktober 2019 - JAKIM melalui Sekretariat Halal Malaysia (SHM) dan Bahagian Pengurusan Halal (BPH) telah menyantuni kunjung hormat delegasi dari negara seberang, Republik Indonesia bertempat di Kompleks Islam Putrajaya.
 
Sdr. Timbul Situmorang, Direktorat Timur Tengah, Kementerian Luar Negeri, Republik Indonesia (KEMLU) yang mengetuai kunjungan itu bersama 2 (dua) orang delegasinya hadir dalam rangka lawatan kerja  bagi mengeratkan hubungan kerjasama bilateral antara Indonesia dan Malaysia khususnya dalam bidang industri halal serta membincangkan perkembangan industri halal di kedua-dua buah negara.
 
Turut disampaikan rencana pelaksanaan program "Indonesia - Middle East and Islamic Countries Summit On Halal Industry" (Halal Summit 2020) yang akan dilaksanakan di Jakarta pada penghujung bulan Oktober 2020.
 
Pengarah SHM, Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee selaku wakil JAKIM dan beberapa orang pegawai daripada BPH dan SHM turut menyantuni lawatan yang diadakan ini. Pelbagai persoalan lain yang timbul dalam pertemuan turut dibincangkan secara harmoni bagi memberi kefahaman dan informasi terkini.
 
*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
 
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/
 
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#RahmatanLil’Alamin
 
REPUBLIK INDONESIA KEMLU 1
 
REPUBLIK INDONESIA KEMLU 2
 
REPUBLIK INDONESIA KEMLU 3
 
REPUBLIK INDONESIA KEMLU 4
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370