Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Penubuhan Majlis Halal Malaysia

Putrajaya, 11 Februari – Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Pengurusan dan Pembangunan Industri Halal Malaysia dibubarkan berkuat kuasa hari ini dan digantikan dengan Majlis Halal Malaysia (MHM). Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan MHM bakal menjadi entiti khas yang menyelaras semua agensi yang terbabit dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai peneraju halal global.
 
Menurut YAB Timbalan Perdana Menteri (TPM), penubuhan MHM akan dibuat menerusi pembentangan akta khusus di Parlimen yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). YAB TPM turut menjelaskan  tentang bidang tugas agensi berkaitan di mana Jakim menerusi Bahagian Hab Halal akan berperanan dalam tadbir urus halal, pensijilan dan hal ehwal syariah manakala HDC (Perbadanan Pembangunan Industri Halal) akan menumpukan kepada dua perkara iaitu memperkasakan industri halal negara dan memperkembangkan industri halal  ke peringkat antarabangsa.
 
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed,  YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri-menteri dan Timbalan Menteri dari beberapa kementerian serta agensi-agensi yang terbabit dalam industri halal.
 
Majlis ini juga akan melaksanakan fungsi-fungsi seperti berikut:-
  1. Menetapkan dasar, peraturan serta garis panduan bagi pengurusan halal Malaysia;
  2. Mengawal selia agenda pembangunan industri halal negara; dan
  3. Menentukan Dasar Halal Negara berada pada landasan yang betul sejajar dengan pembangunan ekonomi negara.

 

Penubuhan Majlis Halal Malaysia 1

Penubuhan Majlis Halal Malaysia 2

Penubuhan Majlis Halal Malaysia 3

Penubuhan Majlis Halal Malaysia 4

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 31
  • Yesterday 26
  • This Week 31
  • This Month 331
  • This Year 369