Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

News

Penyemakan Dan Pemurnian Garis Panduan Pelaksanaan Waran Tangkap Luar Bidang Kuasa

Shah Alam, Selangor, 18 hingga 20 September 2023 – Usaha pemerkasaan institusi perundangan Syariah diteruskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan penganjuran Mesyuarat Semakan dan Pemurnian Garis Panduan Pelaksanaan Waran Tangkap Luar Bidang Kuasa Bil.2/2023 di Shah Alam.

Mesyuarat yang diurussetiakan oleh Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Ketua Pendakwa Syarie, Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah dan Peguam Kanan Persekutuan dari Jabatan Peguam Negara. Selain itu, Supt. Akmal bin Yahaya dan Insp. Moharmustaqeem bin Ali Seman daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) turut membantu BPPPS JAKIM dalam usaha menyemak dan memurnikan draf Garis Panduan Pelaksanaan Waran Tangkap Luar Bidang Kuasa tersebut.

Penyemakan dan pemurnian Garis Panduan Pelaksanaan Waran Tangkap Luar Bidang Kuasa dibuat bagi memastikan panduan pelaksanaan waran tangkap di luar bidang kuasa adalah teratur dari aspek perundangan dan terus relevan dengan situasi semasa. Garis Panduan tersebut diharapkan dapat membantu semua pihak yang berkenaan dalam melaksanakan tugas demi memartabatkan perundangan Syariah di negara ini.

Untuk rekod, JAKIM merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan usaha penyemakan dan pemurnian draf Garis Panduan Pelaksanaan Waran Tangkap Luar Bidang Kuasa ini.

Penyemakan Dan Pemurnian Garis Panduan 1

Penyemakan Dan Pemurnian Garis Panduan 2

Penyemakan Dan Pemurnian Garis Panduan 3

Penyemakan Dan Pemurnian Garis Panduan 4

Penyemakan Dan Pemurnian Garis Panduan 5
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Monday, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370