News
News
Perbincangan Bersama CIMB Islamic
PUTRAJAYA, 12 Februari 2019 - Bahagian Pengurusan Halal dan Majlis Halal Malaysia JAKIM telah menerima kunjungan dari CIMB Islamic yang diketuai oleh Encik Mohd Huzaini Hamdi selaku Timbalan Presiden syarikat berkenaan.
Kunjungan yang berlangsung hampir 1 jam di Blok D, Kompleks Islam Putrajaya itu antara lain bertujuan untuk mengadakan perbincangan mengenai Pensijilan Halal Malaysia rentetan daripada inisiatif strategik mereka iaitu CIMB Halal Corridor.
Maklumat yang diperoleh diharap akan memberi manfaat khususnya untuk disalurkan kepada usahawan-usahawan di bawah CIMB bagi tujuan menjayakan projek Halal Corridor dan memahami prosedur pensijilan halal Malaysia. Pengarah Majlis Halal Malaysia, Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee serta beberapa orang pegawai kanan dari Bahagian Pengurusan Halal turut sama dalam perbincangan dan menumpukan perhatian terhadap perkongsian maklumat oleh pihak CIMB Islamic.
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
www.halal.gov.my
www.islam.gov.my
#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
#HalalConnectingTheWorld
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah



Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Monday, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 19
- Yesterday 26
- This Week 19
- This Month 319
- This Year 357